awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul pengurus sehingga mati, pekerja kilang warga Myanmar ditahan

Bernama
Bernama
19/05/2021
15:03 MYT
Pukul pengurus sehingga mati, pekerja kilang warga Myanmar ditahan
Polis menahan suspek di belakang kawasan perumahan Bandar Seri Pengkalan, Pusing pada 6.15 petang semalam dan kini direman selama enam hari. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pekerja lelaki warga Myanmar ditahan kerana dipercayai memukul pengurusnya menggunakan kayu sehingga menyebabkan kematian di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Batu Gajah, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu disedari oleh seorang lagi pengurus syarikat yang menjumpai mangsa Kew Nam Wang, 52, mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala.
"Kejadian telah disaksikan dua lelaki rakan senegara suspek dan menurut mereka, suspek berumur 23 tahun itu telah mengambil sebatang kayu di tempat kejadian untuk memukul mangsa pada bahagian belakang kepala.
"Akibat kejadian, mangsa terus terjatuh ke atas lantai dan mengalami pendarahan di kepala manakala suspek terus melarikan diri dengan menaiki basikal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan namun, doktor mengesahkan dia meninggal dunia kira-kira 8.35 malam berikutan pendarahan di dalam otak, retak tempurung kepala dan patah tulang tengkuk.
Susulan itu, katanya polis menahan suspek di belakang kawasan perumahan Bandar Seri Pengkalan, Pusing pada 6.15 petang semalam dan kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#polis
#meninggal dunia
#mangsa
#suspek
#siasatan
#pukul pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan