Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS), sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar di United Kingdom, akan membekalkan 40,000 stok vaksin mencegah penyakit anjing gila kepada Pulau Pinang bagi menangani wabak penyakit itu.
Ketua Eksekutifnya, Luke Gamble berkata vaksin itu perlu melalui pelbagai proses tetapi ia dijangka tiba di Malaysia dalam tempoh dua bulan akan datang.
Beliau berkata program utama itu akan dijalankan oleh sepasukan daripada WVS, dan vaksin tersebut akan ditaja sepenuhnya.
"Kami bercadang memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 70 peratus daripada jumlah anjing di Pulau Pinang dalam tempoh enam bulan dengan bantuan pasukan kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini pada Selasa.
Beliau berkata vaksin itu perlu melalui pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di Malaysia, sebelum ia boleh digunakan di jalanan.
Gamble berkata jumlah anjing di Pulau Pinang ialah kira-kira 50,000 ekor dan sasarannya ialah untuk memastikan 70 peratus anjing diberikan suntikan.
Sementara itu, Ketua Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan Sanatary Phytho Sanitary, Dr Rozanah Asmah Abd Samad berkata menurut prosedur operasi standard, semua vaksin baharu perlu diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum ia dibenar untuk digunakan.
"Memandangkan situasi kecemasan masa kini, kami mungkin mengambil masa selama sebulan untuk menilai vaksin yang dibekalkan oleh WVS sebelum meluluskannya untuk digunakan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kira-kira 750 dos vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan persekutuan akan tiba di Pulau Pinang Jumaat ini.
Beliau berkata jabatan itu telah mengagihkan semua vaksin kepada beberapa negeri untuk menangani wabak penyakit anjing gila dan Pulau Pinang akan menerimanya menjelang Jumaat ini.
"Kerajaan Pulau Pinang juga memesan 5,000 lagi stok vaksin tetapi kami belum dapat memastikan bila tarikh vaksin itu akan tiba," katanya.
Menurut data oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 90 kes gigitan anjing dilaporkan sejak 16 Sept di Pulau Pinang, dan 883 ekor anjing liar telah ditangkap atau dihapuskan.
Ia juga melaporkan bahawa 12 ekor anjing telah dikuarantin, manakala 443 ekor anjing telah diberi suntikan.
Bernama
Wed Sep 30 2015
Vaksin itu akan ditaja sepenuhnya oleh Perkhidmatam Veterinari Sedunia. - Gambar Fail
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jangan kaitkan serangan dengan aktiviti ekstremism
Orang awam dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan tragedi serangan di balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Jemaah Islamiyah tidak lagi berpegang kepada ideologi lama
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa berkata, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) tidak lagi berpegang kepada ideologi kepimpinan terdahulu.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negaranya.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan - KPN
Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.