Pulau Pinang dikenal pasti antara negeri yang menjadi hab pembuatan dadah sindiket pengedaran antarabangsa bagi pasaran di rantau ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend berkenaan berdasarkan peningkatan nilai hasil rampasan, jumlah penahanan serta serbuan yang dilakukan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu sejak kebelakangan ini.
"Pulau Pinang memiliki pusat pengangkutan yang baik, kini menjadi hab pengeluaran, mudah membawanya keluar dari Pulau Pinang ke Thailand dan Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi Suruhanjaya Global Mengenai Polisi Dadah and Majlis Aids Malaysia di Parlimen di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, Nur Jazlan berkata kedudukan strategik serta laluan perairan Pulau Mutiara itu juga menjadi faktor utama kemasukan sindiket pengedaran dadah yang menjadikannya sebagai transit untuk membawa masuk bahan terlarang berkenaan.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata kementerian sedang merumuskan draf akhir Dasar Dadah Negara yang meliputi aspek perundangan, pemulihan, pencegahan dan pendidikan yang lebih berkesan bagi membendung ancaman gejala dadah yang semakin meruncing di negara ini.
Nur Jazlan berkata dasar baharu itu dirangka bagi menjadikan Malaysia bebas daripada ancaman dadah, sekali gus dapat menghapuskan bekalan dan permintaan dadah.
"Dasar baharu itu diharap dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan agama, budaya dan kepelbagaian kaum di negara yang akan melaksanakan hukuman pengajaran dan pendidikan yang lebih bersesuaian berbanding rawatan pemulihan biasa," katanya.
Perjumpaan kira-kira 45 minit itu diketuai bekas Presiden Switzerland Ruth Dreifuss yang membincangkan mengenai persetujuan Malaysia menyertai sidang khas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai dadah pada tahun depan.
Bernama
Wed Oct 21 2015
Pulau Pinang dikenal pasti antara negeri yang menjadi hab pembuatan dadah sindiket pengedaran antarabangsa bagi pasaran di rantau ini. - Gambar fail
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Pulau Pinang dikenal pasti hab pembuatan dadah
Pulau Pinang dikenal pasti antara negeri yang menjadi hab pembuatan dadah sindiket pengedaran antarabangsa bagi pasaran di rantau ini.