GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang, dan telah membelanjakan jumlah yang besar bagi tujuan itu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan RM13 juta bagi kerja-kerja menaik taraf tembok laut Esplanade di sini, yang kini boleh diakses kepada orang ramai, di samping RM20 juta bagi memulihkan parit (moats) di Kota Cornwallis, yang dikangka siap dan dibuka kepada orang ramai menjelang 2025.
Katanya proses penghantaran pulang rangka manusia ditemukan di Guar Kepah yang kini berada di Belanda juga sedang diusahakan, dan ia bakal ditempatkan di Galeri Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada suku keempat 2024.
"Ini menunjukkan komitmen dan usaha berterusan kami dalam menjaga tapak warisan di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas Hari Ahli Tinjauan Mesra Pulau Pinang yang diadakan sempena Hari Warisan Dunia George Town, di sini hari ini.
Chow berkata George Town diiktiraf oleh Pertubuhan Ekonomi, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai tapak warisan dunia pada 2008, dengan bahagian tertua George Town mencerminkan karekter bandar raya itu pada masa lepas dan sekarang.
Beliau berkata George Town juga merupakan satu contoh istimewa sebuah bandar raya perdagangan pelbagai budaya di Asia Tenggara, yang dibangunkan daripada aktiviti perdagangan serta pertukaran tamadun yang merangkumi pengaruh Melayu, Cina, India dan Eropah.
"Pulau Pinang adalah tempat titik pertemuan aspek kemodenan dan pemuliharaan, tetapi rakyatlah yang mewarnai dan menceriakan seluruh negeri, menjadikan kita berbangga dengan kepelbagaian kita.
"Seluruh penduduk di sini muda hingga tua, sama ada kelahiran Pulau Pinang atau berpeluang membina baharu kehidupan di sini, semuanya menyumbang kepada kemajuan, keharmonian dan kepelbagaian negeri tercinta ini," katanya.
Chow berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha dan komitmen bagi merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berucap pada majlis perasmian 'Penang Walkabouts Member Day dan George Town World Heritage City Celebrations' hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

PBB suarakan kebimbangan operasi tentera Israel jejas tapak warisan Lubnan
PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang.

Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.

Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.

Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Kor Ming berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.

Kebakaran hutan musnah 577 hektar taman negara di Argentina
Kebakaran itu menjejaskan kawasan berhampiran Sungai Centinela di taman negara berkenaan.

Kiev, Lviv termasuk Senarai Warisan Dunia Terancam UNESCO
UNESCO menyenaraikan tiga tapak bersejarah di bandar Kyiv dan Lviv yang dilanda perang ke dalam Senarai Warisan Dunia Terancam pada Jumaat.

Selamba guna jentolak runtuhkan Tembok Besar China, hanya untuk bina jalan pintas
Kawasan yang diceroboh untuk jalan pintas itu adalah di satu bahagian terpencil dengan struktur temboknya sudah mengalami kesan runtuhan.

Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.

Kebakaran musnahkan bangunan Pejabat Pos Besar Manila
Kebakaran besar memusnahkan bangunan pejabat pos bersejarah di ibu negara Filipina, kata pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."