Kebun vanila berkeluasan 0.81 hektar di Taman Pertanian Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi kebun pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pertanian pintar yang dijangka memberi pulangan RM1.5 juta setahun.
Pengarah Urusan Jubli Rebak Baru Sdn Bhd, Ezra Tan berkata kebun vanila pintar yang diselia oleh Kairos Agriculture (perusahaan sosial yang diuruskan oleh Jubli Rebak Baru Sdn Bhd) itu menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.
“Sebanyak 8,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua ekar (0.81 hektar), malah kebun pintar ini menggunakan teknologi sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca didapati terlalu panas atau kelembapan tanah terlalu kering.
“Kemudian kita juga akan menggunakan sistem machine learning iaitu satu teknologi yang akan memantau kondisi tanah dan persekitaran yang membolehkan tanaman vanila tumbuh dengan lebih pantas,” katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kebun Vanila Pintar Pertama Malaysia oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di Permatang Pauh Agropark, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penyelidikan mengenai kajian kebolehupayaan kadar pertumbuhan tanaman vanila dengan pantas yang mempengaruhi sesuatu keadaan seperti cuaca ataupun persekitaran.
Tan berkata menerusi kaedah penanaman digital itu, pulangan hasil tanaman vanila dianggarkan bernilai RM1.5 juta setahun.
"Kami turut akan mengeksport hasil tanaman ini ke negara Jepun selain merancang untuk bekerjasama dengan pemain industri yang dilihat dapat mengembangkan lagi teknologi penanaman digital yang akan menggunakan teknologi robot," katanya.
Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) menawarkan tanah seluas 1.61 hektar lagi kepada syarikat tersebut bagi mengusahakan tanaman sayuran, herba dan rempah.
“Seperti yang kita maklum, tanah di negeri ini amat terhad. Jadi, dengan saiz tanah yang terhad itu memang kita tidak mampu untuk bersaing dengan negeri lain (dari segi pertanian).
“Namun, melalui penggunaan teknologi ini, ia diharap dapat membantu golongan usahawan tani menghasilkan tanaman yang jauh lebih bermutu selain membantu golongan petani menjana pendapatan,” katanya.
Agensi
Sat Aug 15 2020
Pulau Pinang menjadi negeri pertama melancarkan tanaman vanila menerusi kebun pintar. -Bernama
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] 38 penduduk dipindahkan ke dua PPS
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Abang Johari teraju ekonomi baharu Sarawak, tingkatkan hasil negeri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berpendapat lapan tahun sejak memegang jawatan nombor satu di Sarawak, Premier Tan Sri Abang Johari berjaya melipatgandakan hasil pendapatan wilayah itu kerana keberanian dan kreativitinya.
Pulau Pinang lancar kebun vanila pintar pertama di Malaysia, guna kecerdasan buatan
Pulau Pinang hari ini menjadi negeri pertama melancarkan tanaman vanila menerusi kebun pintar yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan memberi pulangan dianggarkan bernilai RM1.5 juta setahun.