awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pulau Pinang masih ada tanah industri untuk 10 hingga 15 tahun - Chow

Bernama
Bernama
20/06/2025
10:05 MYT
Pulau Pinang masih ada tanah industri untuk 10 hingga 15 tahun - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang 2030 di sini hari ini. — Foto Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang masih mempunyai 809.4 hektar tanah industri yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negeri itu untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ringkasan AI
  • Pulau Pinang mempunyai 809.4 hektar tanah industri, cukup untuk memenuhi keperluan pelaburan bagi tempoh 10 hingga 15 tahun, meskipun terdapat persepsi kekurangan tanah.
  • Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang 2030 dilancarkan dengan fokus menyeluruh meliputi pembangunan infrastruktur, CLQ, teknologi hijau dan E&E, serta menarik pelaburan berkualiti tinggi.
  • Pulangan hasil tanah bukan keutamaan kerajaan negeri, sebaliknya nilai pelaburan seperti RM13 bilion pada suku pertama tahun ini lebih penting bagi transformasi ekonomi negeri.

Beliau berkata tanah industri itu turut melibatkan kerja-kerja penambakan tanah, pelaksanaan proses permintaan bagi cadangan (RFP) dan pelbagai peringkat lain sebelum ia dapat digunakan bagi keperluan jangka panjang.
"Walaupun terdapat persepsi bahawa tanah industri semakin berkurangan, keadaan sebenar menunjukkan Pulau Pinang masih mempunyai simpanan tanah yang boleh dimajukan dan tanah bukan satu masalah.
"Kita ada tanah yang mencukupi untuk menampung keperluan pelaburan industri dan misalnya, Taman Perindustrian Batu Kawan yang berkeluasan lebih 404.7 hektar pun mengambil masa lebih 15 tahun untuk dimajukan sejak 2008," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang 2030 di sini hari ini.
Chow berkata pada masa ini permintaan tanah industri di Pulau Pinang tidak terlalu mendadak dengan purata permintaan hanya sekitar 40.4 hektar setahun dan bukan semua pelaburan baharu memerlukan tanah baharu, sebaliknya mereka menggunakan baki tanah sedia ada di kilang masing-masing.
Ketika ditanya mengenai hasil negeri daripada penjualan tanah industri, Chow berkata pulangannya adalah minimum dan tidak menjadi fokus utama kerajaan negeri.
''Apa yang lebih penting ialah nilai pelaburan yang dibawa masuk, mislanya pada suku pertama tahun ini, kita catat pelaburan berjumlah RM13 bilion tetapi pelaburan ini datang daripada pelbagai bentuk antaranya tanah baharu, kilang sedia ada, pelaburan digital dan sebagainya,'' katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dalam kawasan perindustrian bagi menampung permintaan tenaga kerja asing menerusi Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang 2030 yang dilancarkan hari ini.
"Kita memang mahu satu pendekatan menyeluruh sebab memajukan industri bukan sekadar tanah sahaja, tetapi perlu ada utiliti, bakat, kemudahan pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya termasuk CLQ yang teratur iaitu asrama pekerja dalam kawasan industri," katanya.
Chow menyifatkan pelan induk terbabit sebagai langkah tepat bagi meneruskan transformasi sektor perindustrian negeri sekali gus mengukuhkan kedudukan Pulau Mutiara itu sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia.
Menurutnya pelan induk yang dirangka itu turut mengambil kira pembangunan infrastruktur penting termasuk projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan pembangunan hab teknologi hijau serta pintar untuk industri elektrikal dan elektronik.
Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang 2030 menggariskan tiga perkara utama merangkumi sembilan projek berimpak tinggi dan projek jangka pendek meliputi tujuh "quick win" dan 28 projek sokongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#tanah industri
#Chow Kon Yeow
#pembangunan ekonomi negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami