Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini mencipta sejarah sebagai negeri pertama meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018 untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan RUU itu berkata pindaan enakmen berkenaan selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu yang menggariskan jawatan ketua menteri dan menteri besar dihadkan kepada dua penggal sahaja demi menerapkan amalan tadbir urus baik dan telus.
"Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutarakan perkara ini pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat sebagai satu langkah perlu disegerakan kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan reformasi sistem politik.
"Seiring dengan hala tuju kerajaan pusat, kerajaan Pulau Pinang turut memberi keutamaan terhadap hasrat untuk memperbaharui sistem politik bagi memenuhi janji-janji manifesto semasa pilihan raya.
"Sekali lagi kerajaan Pulau Pinang akan melakar sejarah dengan menjadi negeri pertama di Malaysia akan melaksanakan had tempoh lantikan ketua menteri kepada dua penggal dan membawa pendekatan politik yang progresif ini," katanya pada persidangan DUN, di sini.
DEWAN-P.PINANG (KM) 2 GEORGE TOWN
Chow berkata cadangan meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang pada 11 Jun lalu dan ia dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Julai dan Ogos lepas.
Beliau berkata pihaknya mencadangkan tarikh penguatkuasaan enakmen tersebut bermula daripada PRU14.
Terdahulu, ketika membahaskan rang undang-undang itu, Gooi Hsiao Leung (PH-Bukit Tengah) berkata pindaan rang undang-undang itu jelas membuktikan kerajaan PH sebuah kerajaan yang menepati janji dalam usaha untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen.
"Saya percaya cadangan ini dibuat atas alasan-alasan yang jelas. Sebelum ini semasa rejim kerajaan Barisan Nasional kita lihat satu keadaan di mana perdana menteri diberi terlalu banyak kuasa, seluruh sistem pentadbiran negara digunakan untuk membela dan menyembunyikannya daripada siasatan jenayah.
"Kita hari ini pada 16 Nov bukan sahaja untuk Pulau Pinang, kami menetapkan contoh yang hebat untuk negeri-negeri lain. Kita harus menghargai usaha ketua menteri ini. Kalau kita lihat ketua menteri kita pun baharu sahaja enam bulan memegang jawatan ini, kerusinya belum panas lagi tetapi hari ini beliau telah pun mencadangkan rang undang-undang ini," katanya.
DEWAN-P.PINANG (KM) 3 (AKHIR) GEORGE TOWN
Lee Chun Kit (PH-Pulau Tikus) pula berkata rang undang-undang itu akan membuka peluang kepada orang baharu terutamanya generasi muda untuk memegang jawatan tertinggi negeri berkenaan.
Sementara itu, pihak pembangkang mengambil pendekatan berkecuali dengan tidak memberikan sebarang undi.
Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata tempoh masa bagi sesuatu jawatan itu bukanlah satu isu sebaliknya jika seseorang pemimpin itu berkelayakan dan berkemampuan, tidak menjadi masalah untuknya memegang jawatan itu bagi tempoh yang lama.
"Kalau ketua menteri yang ada pada hari ini mampu untuk terus mentadbir, apa salahnya kita terus menyokong. Itu tidak ada masalah asalkan tidak ada skandal. Bukan tertakluk kepada tempoh masa tetapi tertakluk kepada kemampuan untuk membangunkan negara mahupun negeri. Jadi, saya berkecuali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
KON YEOW: Pulau Pinang akan melakar sejarah dengan menjadi negeri pertama di Malaysia akan melaksanakan had tempoh lantikan ketua menteri kepada dua penggal. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.