GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan 119 kes kematian di rumah (BID) membabitkan pesakit COVID-19 dalam tempoh lapan bulan sejak Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, kadar kematian itu adalah kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan di Pulau Pinang akibat wabak berkenaan.
Daripada jumlah itu, 12 kematian terdiri daripada golongan yang sudah lengkap menerima dua suntikan vaksin COVID-19.
“Daripada jumlah 119 kes BID di Pulau Pinang sejak Januari hingga akhir bulan lalu, 77 daripadanya adalah membabitkan pesakit lelaki manakala 42 lagi adalah pesakit wanita.
“Mereka terdiri daripada 95 warga tempatan dan 24 warga asing,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Norlela berkata, satu kes BID adalah melibatkan pesakit kanak-kanak, 17 kes terdiri daripada kalangan belia, 51 kes dewasa manakala 50 kes membabitkan warga emas.
Jelasnya, Daerah Timur Laut mencatatkan jumlah kes paling banyak dengan 36 kes diikuti Seberang Perai Tengah (30), Barat Daya dan Seberang Perai Utara (20) dan Seberang Perai Selatan (13).
“Berikutan peningkatan kes BID yang membimbangkan di negeri ini, saya membentuk satu pusat panggilan yang mana pesakit yang dikuarantin di rumah boleh menghubungi talian rawatan kecemasan COVID-19 dengan lebih pantas sekiranya keadaan kesihatan mereka bertambah buruk,” katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 02 2021
Kadar BID itu adalah kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan di Pulau Pinang akibat wabak berkenaan. - Gambar fail
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Printhero pertimbang guna pelampung stabilkan muzium feri terapung - SPPP
Syarikat itu akan menjalankan kerja-kerja mengenal pasti dan menampal kebocoran sebelum feri berkenaan dibawa ke lokasi akhir.