awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang timbang larangan jualan vape

Amirul Aiman
Amirul Aiman
26/04/2025
03:50 MYT
Pulau Pinang timbang larangan jualan vape
Kerajaan Persekutuan ketika ini mengambil pendekatan mengawal selia vape secara berfasa menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka untuk mempertimbangkan cadangan melarang penjualan rokok elektronik dan vape di semua premis perniagaan di seluruh negeri, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
"Kami terbuka kepada cadangan untuk melarang penjualan rokok elektronik dan vape di premis perniagaan seluruh negeri.
"Bagaimanapun, tiada perbincangan rasmi mengenai perkara ini diadakan setakat ini," kata Chow menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Kenyataan itu dibuat ketika semakin banyak pihak membangkitkan kebimbangan terhadap penggunaan vape, khususnya dalam kalangan remaja, yang dilihat mampu menjejaskan kesihatan awam jika tidak dikawal dengan lebih ketat.
Di Malaysia, beberapa negeri lain telah mengambil langkah lebih awal berhubung isu ini.
Johor menjadi negeri pertama yang mengharamkan penjualan vape sepenuhnya sejak 2016, diikuti Kelantan dan Terengganu yang turut melaksanakan larangan serupa atas dasar kesihatan dan prinsip agama.
Melaka pula dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan larangan penjualan vape di kawasan tertentu, manakala Selangor mengkaji pendekatan kawalan ketat menerusi pihak berkuasa tempatan.
Perlis turut meneliti langkah pengawalan lebih ketat susulan peningkatan penggunaan dalam kalangan belia.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan negeri mempunyai ruang dari sudut undang-undang untuk menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri masing-masing.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#pulau pinang
#vape
#rokok elektronik
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan