awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel

Bernama
Bernama
15/10/2024
21:30 MYT
Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel
Sebuah kereta kebal Israel bergerak berhampiran sempadan Israel-Gaza, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, seperti yang dilihat dari Israel, 15 Okt 2024. - REUTERS
LONDON: Hampir 50 ahli parlimen Britain mengalu-alukan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 September yang menyeru Israel agar segera menamatkan kehadirannya yang tidak sah di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) dan mendesak kerajaan negara itu menghentikan semua eksport ketenteraan ke Israel, lapor Agensi Anadolu.
Dalam usul awal yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bebas Richard Burgeon, Imran Hussain, Zarah Sultana, serta Ahli Parlimen Parti Buruh Andy McDonald, Diane Abbott dan Bell Riberio-Addy, mereka berkata penerimaan resolusi PBB itu mengenakan kewajipan baharu kepada kerajaan.
"...dan menyeru Kerajaan untuk bertindak menyokong resolusi PBB dan pendapat penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk dengan menghentikan semua eksport ketenteraan ke Israel, melarang import barangan dari penempatan haram Israel dan membatalkan Pelan Hala Tuju 2030 yang memperdalam hubungan ekonomi, perdagangan dan keselamatan UK dengan Israel."
Ahli parlimen itu turut menyambut baik seruan resolusi PBB kepada negara-negara untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan mengambil langkah konkrit untuk menangani kehadiran haram Israel di OPT.
Setakat pagi Selasa, usul itu telah ditandatangani oleh 47 ahli parlimen daripada Parti Buruh, Parti Demokratik Sosial Buruh, Parti Liberal Demokrat, Parti Hijau, Parti Kebangsaan Scotland, Plaid Cymru, dan Parti Alliance, serta 12 Ahli Parlimen Bebas.
"Ketika kekejaman di Gaza dan Tebing Barat berterusan, Kerajaan UK mesti menyokong PBB pada saat penting ini," tulis Hussain, seorang daripada enam ahli parlimen yang membawa usul itu, di X.
Today I voted to end hereditary peers and strengthen our democracy. A place in our Parliamentary system should always be at the gift of the electorate, and thats why we need further reforms. pic.twitter.com/wrEFGqE1Uk
— Imran Hussain MP (@Imran_HussainMP) October 15, 2024
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen British
#tentera Israel
#resolusi PBB
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan