awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kematian Huntley belum diketahui, usah dengar media asing - Polis

Bernama
Bernama
10/06/2014
06:53 MYT
Punca kematian Huntley belum diketahui, usah dengar media asing - Polis
Gareth David Huntley - Gambar Fail
Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata setakat ini polis masih meneliti beberapa perkara sebelum dapat mengenal pasti punca kematian lelaki itu.
"Kita dah serah kepada pihak hospital untuk bedah siasat...setakat ini punca kematian belum dapat dipastikan dan perlu siasatan lanjut.
"Jangan sebut pasal media asing. Penemuan kita adalah mengikut kata pakar perubatan dan undang-undang. Dalam siasatan yang dijalankan setakat ini terhadap kawasan kejadian tidak ada unsur-unsur jenayah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Kenyataan beliau sekali gus menyanggah laporan media asing yang mendakwa kematian Huntley berunsur jenayah.
Sharifuddin juga mengesahkan lelaki itu mati dalam tempoh tiga hari atau lebih ketika mayatnya ditemui.
Huntley, 34, seorang sukarelawan di Pusat Konservasi Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman ditemui mati di sungai tersebut selepas dilapor hilang ketika pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari 27 Mei lepas.
Mayat Huntley telah dituntut oleh keluarganya semalam dan akan dibawa pulang ke Britain esok untuk pengebumian.
Terdahulu Sharifuddin merasmikan Program Derma darah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan sempena Hari Polis ke-207.
Sebanyak 300 pegawai dan anggota PDRM serta ATM menderma darah pada program sehari itu.
Topic Berkaitan
#Gareth David Huntley
#Pulau Tioman
#Sharifuddin Ab Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan