awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca pencemaran dari kawasan industri di Negeri Sembilan - MB Selangor

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/10/2020
15:34 MYT
Punca pencemaran dari kawasan industri di Negeri Sembilan - MB Selangor
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi membersihkan sumber air sekali gus memulihkan bekalan air secepat mungkin. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR:Berdasarkan siasatan awal, punca pencemaran di Sungai Semenyih dan Sungai Langat berpunca dari kawasan perindustrian di Negeri Sembilan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi membersihkan sumber air sekali gus memulihkan bekalan air secepat mungkin.
Beliau hadir melawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih pada Ahad malam dan turut disertai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebanyak 274 kawasan dari empat wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
BACA: Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air
BACA: Ada bau seakan bangkai di Sungai Semenyih, Sungai Langat - LUAS
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi membersihkan sumber air sekaligus memulihkan bekalan air secepat mungkin.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi membersihkan sumber air sekaligus memulihkan bekalan air secepat mungkin.
Wilayah yang terjejas adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang bakal menjejaskan 309,687 akaun pengguna.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, penutupan loji tersebut terpaksa dibuat ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji itu.
“Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut melawat loji tersebut.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut melawat loji tersebut.
“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, pihaknya masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.
Dalam pada itu, LUAS menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Menerusi ciapan di Twitternya, LUAS memaklumkan bau itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.
Menurutnya, LUAS dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera bagi mengatasi masalah itu.
LUAS mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai yang dikesan di Sg. Semenyih dan Sg. Langat kira-kira jam 4.30 petang sebentar tadi (4 Oktober 2020). LUAS dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.
— lembagaurusairsgor (@luas_selangor) October 4, 2020
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#Semenyih
#Kuala Langat
#Sepang
#menteri
#Amirudin Shari
#siasatan
#Air Selangor
#LUAS
#loji
#loji rawatan air
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan