Apa jua masalah perkauman dalam negara, ia perlu diselesaikan dengan baik.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ketika membuat seruan itu berkata adalah penting untuk menjaga keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.
“Contohnya isu Plaza Low Yat, apabila ia berlaku, ia telah menjadi viral dan nyaris-nyaris berlaku pertempuran kaum.
"Kita bersyukur pada masa itu pihak polis telah menyiasat dan memaklumkan perkara yang sebenar kerana apa yang berlaku, berita yang diviralkan adalah berlainan antara kaum.
"Oleh itu, kita kena berhati-hati dalam menangani isu perkauman dalam negara kita," katanya pada sidang media selepas melancarkan Konvensyen MCA Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
“Saya menyeru semua pihak bertenang dan memastikan bahawa kita menjaga keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara kita.
“Kita jangan bertindak mengikut emosi kerana ia akan mengakibatkan kemudaratan kepada kita, kepada ekonomi negara kita, katanya lagi.
Liow berkata selepas perhimpunan Bersih 4, sentimen perkauman semakin hebat walaupun hakikatnya perhimpunan Bersih 4 itu tiada kaitan dengan kaum.
“Kerana Bersih ini, kita tahu penglibatannya lebih ramai kaum Cina, tapi daripada segi sokongan kepada kerajaan, ia belum tentu lagi.
“Kita masih yakin bahawa rakyat boleh membuat penilaian pada masa Pilihan Raya Umum dan bukannya sekarang kerana sekarang banyak isu yang dipermainkan oleh pembangkang akan mempengaruhi rakyat,” tambahnya.
T K Letchumy Tamboo
Sun Sep 06 2015
LIOW: Apa jua masalah perkauman dalam negara, perlu diselesaikan dengan baik. -Gambar fail
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.
'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.
'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal
Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.
Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.
Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.
'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Bersih 4 akhir bulan lepas hanyalah untuk menumpang populariti perhimpunan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk mengadakan perhimpunan Bersih akan datang di negeri di bawah pentadbirannya.
Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil
Mana-mana pihak dianggap biadab apabila menyalurkan kemarahan atau tidak puas hati dengan tindakan memijak gambar pemimpin.
Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu
PDRM akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan.