Sedar atau tidak purata jangka hayat rakyat di negara ini dicatatkan mendatar dalam tempoh 10 tahun berbanding rakyat di negara jiran.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ia berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Havard berkenaan jangka hayat penduduk Malaysia.
Secara purata, hayat kaum lelaki Malaysia adalah 73 tahun manakala kaum wanita 79 tahun berbanding rakyat di beberapa negara jiran.
“Satu kajian dijalankan oleh Harvard berkenaan jangka hayat rakyat Malaysia, di mana ketika ini puratanya semakin mendatar jika dibandingkan dengan rakyat di negara jiran dimana purata jangka hayat mereka meningkat.
“Purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini 73 tahun manakala wanita 79 tahun. Ini kerana penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kolesterol tinggi dalam darah, darah tinggi, diabetes menjadi salah satu pembunuh kepada rakyat di negara ini," jelasnya.
Untuk rekod, mengikut kajian Institut Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 sebanyak 47.7 peratus bersamaan 9.6 juta rakyat Malaysia mempunyai penyakit tidak berjangkit atau Non Communicable Diseases (NCDs).
Ia mencatatkan kenaikan berbanding 32.6 peratus pada 2011.
Menurut Dzulkefly, lebih membimbangkan 38.6 peratus bersamaan 7.8 juta penduduk yang menghidap penyakit NCDs hanya mengetahui tahap kesihatan mereka selepas menjalankan diagnosis kesihatan.
Ia sekali gus membuktikan, kesedaran rakyat dalam menjaga pemakanan serta cara hidup yang lebih sihat bagi mengelak menghidap penyakit NCDs amat kurang.
“Kesedaran dan kefahaman bahayanya penyakit NCDs dalam kalangan masyarakat kurang.Contohnya penyakit jantung atau Kardiovaskular boleh dicegah dan dikawal. Umum menganggap penyakit angin ahmar penyakit kardiovaskular dikalangan dewasa namun ternyata bahawa saya sebutkan tadi mereka lebih muda pada usia 18 tahun berpotensi terkena penyakit ini. Penyakit jantung hanya untuk orang berumur adalah mitos,” jelas Dzulkefly.
Purata umur rakyat Malaysia berpotensi menghidap penyakit jantung adalah pada usia 58 tahun berbanding 68 tahun bagi rakyat Thailand, Singapura (61 tahun), China (63 tahun), Amerika Asyarikat (66 tahun) dan Kanada (68 tahun).
Justeru, bersempena Setahun Malaysia Baharu, sudah tentu tumpuan diberikan kepada peningkatan prestasi kesihatan negara.
Bagi memastikan rakyat mendapatkan rawatan awal yang lebih berkesan, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan jelasnya akan memulakan Peduli Kesihatan bagi golongan bawah 40 atau PeKa B40 bermula April depan.
"Peka B40 ini dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana kos keseluruhan dibiayai kerajaan Malaysia. Kita juga akan beri RM1,000 kepada pesakit untuk memenuhi rawatan kanser, manakala pemberian RM500 bagi pesakit ulang alik dari Hospital ke Klinik dalam rawatan. Turut diberi 10 peralatan kesihatan seperti Angioplasty (Penyakit Jantung), kaki palsu dan sebagaiya," jelas Dzulkefly.
Untuk fasa pertama, PeKa B40 hanya dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 50 tahun ke atas.
Beliau berkata demikian dalam siding media di ibu negara pada Rabu.
Fareez Azman
Wed Mar 27 2019
Purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah 73 tahun manakala wanita 79 tahun, dedah Menteri Kesihatan. - Gambar hiasan
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.