Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam secara rasminya melancarkan Pusat 4S Nissan di Glenmarie. Kemudahan baharu ini memiliki ruang binaan seluas 165,318 kaki persegi dan dilengkapi sebuah bilik pameran cukup untuk memuatkan 15 buah kereta, pusat servis dengan 27 ruang kerja, pusat alat ganti dan pusat badan dan cat.

Pusat 4S ini turut memberi perkhidmatan sebuah pejabat dan ruang pameran kenderaan terpakai Nissan yang bertauliah, divisyen sewa beli dan insurans.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang diiringi oleh presiden Tan Chong Motor Holdings, Dato’ Tan Heng Chew. Nissan diwakili oleh naib presiden kanan Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd., Encik Kenji Naito, manakala ETCM pula diwakili oleh pengarah eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Perkhidmatan servis di sini mempunyai kapasiti untuk menyelenggara sehingga 100 buah kenderaan setiap hari dan purata 3,000 kereta sebulan. Sementara itu, pusat badan and cat pula menawarkan servis pembaikan dan penjajaran badan kenderaan, menyiapkan permukaan kereta untuk dicat serta mengecat.

Dengan pelaburan RM20 juta, pusat 4S ini menawarkan keselesaan untuk pelanggan dengan ruang lounge, isyarat WiFi percuma, dan sebuah ‘Kid’s Corner’ agar si kecil terasa lebih terhibur.

Tambahan lagi, pelanggan dapat menaiktaraf kenderaan mereka dengan mudah kerana pusat 4S ini lengkap dengan butik V-Kool untuk filem automotif berkualiti tinggi. Selain itu, ETCM turut menjual produk-produk daripada Nismo dan Impul di sini.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol PERCUMA 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my. Sesi pandu uji boleh dilakukan di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.