awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat aktiviti belia TMIYC Johor dilancar

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2020
05:25 MYT
Pusat aktiviti belia TMIYC Johor dilancar
Dengan kos pembangunan RM14 juta, TMIYC juga diharap dapat dikembangkan di daerah-daerah lain. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU:Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam hari ini berkenan merasmikan pusat aktiviti belia Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru yang terletak di Hutan Bandar di sini.
Sebagai peneraju aktiviti, TMIYC dilihat sebagai satu permulaan dan penanda aras kepada tahap komitmen kerajaan negeri Johor terhadap golongan belia di negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata sebuah pangkalan data belia Johor dengan peruntukan RM500,000 akan turut diwujudkan menerusi agenda Johor Digital.
Katanya pangkalan data ini akan membekalkan maklumat komprehensif berkaitan golongan belia kepada pembuat dasar negeri.
“Terdapat dua aspek pembangunan yang diberi tumpuan dalam pembangunan TMIYC, iaitu pembangunan fizikal dan pembangunan Insan. Pembangunan fizikal ialah titik penghubung bagi intervensi pembangunan sosial yang berpusat untuk golongan belia untuk menjadi masyarakat masa depan yang berteladan dan berkebolehan.
Pembangunan insan pula untuk memupuk pemikiran belia yang lebih kreatif dan inovasi dalam semua bidang dari segi seni, sukan dan perniagaan," katanya dalam ucapan demikian perasmian.
Dianggarkan terdapat lebih 1.5 juta golongan muda yang berusia antara 14 hingga 39 tahun di negeri itu.
Dengan kos pembangunan RM14 juta, TMIYC diharap dapat dikembangkan di daerah-daerah lain.
Terdapat 11 komponen kemudahan di TMIYC antaranya pusat belia berkumpul, skatepro, rock yard, the stage, mountain bike trail, pump track dan kiddo ground.
TMIYC dibuka setiap hari bermula 7 pagi hingga 11 malam.
Topic Berkaitan
#TMIYC
#Tunku Ismail
#TMJ
#Menteri Besar
#Johor Bahru
#menteri
#youth
#Menteri Besar Johor
#Belia
#Hasni Mohammad
#pusat belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan