awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Kelahiran Puteri Diraja Brunei dirai dengan 17 das tembakan meriam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Akuatik MBJB ditutup hingga 6 Ogos

Bernama
Bernama
29/07/2024
12:15 MYT
Pusat Akuatik MBJB ditutup hingga 6 Ogos
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan penutupan serta-merta Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin hingga 6 Ogos ini. - Foto ihsan FB ARENA Larkin
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan penutupan serta-merta Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin hingga 6 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata arahan penutupan itu susulan insiden 19 pelajar mengalami pelbagai gejala selepas menyertai Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024, minggu lepas.
"Hari ini, saya bersama-sama pegawai JKNJ telah melawat lokasi pertandingan serta mengambil sampel air kolam renang untuk dihantar ke makmal bagi ujian lanjut dan kita sedang menunggu laporan tersebut dalam masa beberapa hari lagi.
"Buat masa ini, JKNJ telah mengarahkan kolam renang berkenaan ditutup hingga 6 Ogos," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut hantaran itu, Ling dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin meluangkan masa melawat seorang pelajar yang masih dirawat di sebuah hospital di sini, serta memaklumkan keadaannya stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Semalam, media melaporkan 19 pelajar yang menyertai Kejohanan Akuatik MSSJ 2024 di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin pada Selasa hingga Khamis lepas, dirawat di hospital selepas dipercayai mengalami pelbagai gejala termasuk muntah, demam dan kulit gatal.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ke pusat akuatik berkenaan dan memaklumkan tahap air di pusat berkenaan sedang dikaji sama ada ia memberi kesan kepada 19 pelajar daripada 900 peserta yang difahamkan mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Pusat akuatik itu akan dibuka semula setelah kerja-kerja baik pulih dilakukan termasuk dari segi infrastruktur kolam renang dan kolam terjun yang dilihat telah berkarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#Pusat Akuatik MBJB
#ditutup
#Ling Tian Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan