KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi di sini hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha berkata dalam Operasi Kutip (Op Kutip) bermula pada 2 petang itu pihaknya turut menahan empat majikan tempatan kerana menggajikan pendatang tanpa izin.
"Semua pendatang tanpa izin yang ditahan melibatkan 20 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun bekerja sebagai jurujual dan pembantu di kedai-kedai yang beroperasi di pusat membeli-belah ini.
"Mereka yang ditahan adalah empat warga Indonesia, Bangladesh (8), India (10), Myanmar (16) dan Pakistan lapan orang," katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.
Jafri berkata operasi di pusat membeli-belah itu dijalankan selepas risikan selama seminggu berikutan aduan daripada orang awam yang bimbang mengenai kebanjiran warga asing yang bekerja di premis perniagaan.
Katanya pusat membeli-belah berkenaan merupakan satu daripada 20 lokasi panas pendatang tanpa izin yang telah dikenal pasti di ibu kota.
Menurutnya semua individu berkenaan ditahan kerana melakukan kesalahan iaitu tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan gagal mematuhi syarat pas.
"Semua yang ditahan akan menjalani proses dokumentasi di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil," katanya.
Jafri berkata semua majikan yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pandatang tanpa izin sebagai pekerja.
Katanya pihaknya turut mengeluarkan saman saksi terhadap 19 lagi majikan atas kesalahan sama berikutan mereka tiada di premis ketika operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha ketika ditemui pengamal media selepas menyertai Op Kutip JIM WPKL di Pusat Beli-belah, di ibu kota hari ini. - Foto BERNAMA
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.
31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota
Operasi tertumpu di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.
Sering mabuk dan ganggu penduduk wanita, 60 PATI ditahan
Operasi dijalankan hasil aduan orang awam yang mendakwa golongan wanita sering diganggu.