KUALA LUMPUR: Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik kedai mencuci kenderaan di Kepong, terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Khamis lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata 16 wanita warga asing terdiri daripada 13 Vietnam dan tiga Thailand berusia 22 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di dua premis di kawasan itu, manakala tujuh lelaki tempatan yang merupakan pelanggan dan pekerja premis dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.
Beliau berkata satu daripada premis itu didapati menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa manakala satu lagi hanya dibuka separuh pintu untuk pelanggan tetap mendapatkan perkhidmatan seks yang beroperasi dari 4 petang hingga 12 tengah malam.
"Hasil pemantauan, premis itu dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi, namun apabila masuk ke dalam bangunan premis ini menyajikan pelbagai hiburan serta pelayan pelanggan (GRO)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata semua warga asing yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta melanggar Akta Imigresen, dan mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Khairul Dzaimee berkata satu daripada premis itu didapati menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. - Foto FB/Jabatan Imigresen Malaysia
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
Op Noda: 263 individu ditahan di ibu kota malam ini
Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, malam ini.
Imigresen bongkar kegiatan bawa masuk kumpulan pelacur melalui Bukit Kayu Hitam
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita dari Thailand secara haram ke negara ini bagi tujuan pelacuran melalui Bukit Kayu Hitam.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.
17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran di JB
Polis menahan 17 individu disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam dua serbuan berasingan di bandar raya ini, Khamis lepas.
Dua wanita Vietnam didenda RM2,000 tawar seks kepada polis
Tindakan dua ibu tunggal warga Vietnam menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.
Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup
Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.
Pelayan seks di Jalan Petaling ditahan, 54 bilik dipecahkan
Tawaran seks di empat premis sekitar Jalan Petaling, di sini dibongkar susulan penahanan 36 wanita warga asing dalam serbuan pada Sabtu.
Sembilan premis judi, pelacuran dipotong bekalan elektrik
Bekalan elektrik di sembilan buah premis disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan perjudian di sekitar Daerah Sentul dipotong.