awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat jagaan warga emas Jalan Kebun dilanda banjir kilat

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2024
09:40 MYT
Pusat jagaan warga emas Jalan Kebun dilanda banjir kilat
Lembaga Zakat Selangor memaklumkan penghuni rumah jagaan dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati. - Foto tangkap layar video LZS
SHAH ALAM: Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini dilanda banjir kilat pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 dilanda banjir kilat pada Rabu.
  • Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan penghuni sedang dipindahkan ke Kem Bumi Jati.
  • Bait Al Mawaddah, ditubuhkan pada 2014, memberi perlindungan kepada warga emas asnaf fakir dan miskin.

Perkembangan itu dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi hantaran di akaun Facebook mereka hari ini.
Berdasarkan video berkenaan, air dilihat telah memasuki bilik penghuni di rumah jagaan tersebut.
"Allahuakbar. Semoga ayahanda dan ibunda di sana semua selamat.
"Mereka dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati," kata LZS dalam kemas kini berkenaan.
Bait al-Mawaddah ditubuhkan pada 2014 dan memberi perlindungan kepada warga emas terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.
Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman sosial Facebook mendapati situasi banjir di Jalan Kebun turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.
Setakat ini, Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Topic Berkaitan
#Banjir Jalan Kebun Shah Alam
#rumah jagaan warga emas
#Bait Al Mawaddah
#Kem Bumi Jati
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan