awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan

Bernama
Bernama
16/04/2024
23:45 MYT
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Ramanan (tengah) membuat lawatan serta meninjau kawasan terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda Selangor petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air. - Foto Facebook Ramanan
KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah diarah untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada individu terjejas akibat banjir kilat di kawasan itu petang semalam bagi meringankan beban mangsa.
Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk R. Ramanan, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dalam hantaran di laman Facebook malam tadi berkata sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, beliau segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beliau berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah.
"Setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak yang menempatkan lebih 100 mangsa terjejas.
"Saya turut menghubungi pegawai-pegawai dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan mangsa banjir diuruskan sebaik mungkin," katanya.
Ramanan turut mengingatkan semua penduduk di Sungai Buloh supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga selain memantau anak-anak kecil, warga emas serta orang kurang upaya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sungai Buloh
#r ramanan
#PPS
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan