awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat khidmat rakyat penghubung rakyat dan kerajaan - Wan Azizah

Bernama
Bernama
26/01/2019
15:52 MYT
Pusat khidmat rakyat penghubung rakyat dan kerajaan - Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama Akmal Nasrullah Mohd Nasir (empat, kanan) selepas merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman, hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pusat khidmat rakyat amat penting sebagai institusi penghubung antara rakyat dan kerajaan.
Penyediaan pusat khidmat rakyat, kata Dr Wan Azizah, membolehkan kerajaan berterima kasih dan menyelesaikan masalah rakyat seperti kemiskinan bandar, menerusi pelbagai bantuan disalurkan.
"Kita ada contohnya, program Keusahawanan Berasaskan Komuniti di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.
"Di sini, kita memberi kemahiran kepada wanita sehingga mereka dapat bukan sahaja beraktiviti tetapi akhirnya membantu kewangan keluarga dan keluar daripada kemiskinan," katanya berucap merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman, di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Dr Wan Azizah menegaskan petugas-petugas di pusat khidmat, dalam masa sama, perlu bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan supaya dapat membantu rakyat memerlukan dengan lebih berkesan.
"Saya sedar petugas-petugas kita di pusat khidmat memang tidak menang tangan. Kalau bagi 24 jam pun tidak mencukupi tetapi kita lakukanlah sebaik mungkin," katanya.
Menurut Dr Wan Azizah, pusat khidmat rakyat juga diharap dapat menjadi pusat aktiviti warga setempat termasuk anak muda dan ia perlu dihidupkan dengan aktiviti ilmiah serta santai supaya kehadiran kerajaan dapat dirasai penduduk setempat.
"Libatkan anak-anak muda khususnya, agar memahami politik, kepentingan politik. Dedahkan mereka kepada aktiviti kepimpinan yang membina. Daripada mereka berbudaya lepak, jadi lebih baik kita sajikan mereka dengan suatu yang berbeza. Pokok pangkalnya, kita kena lebih kreatif untuk menghidupkan pusat khidmat kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Johor Bahru
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#kerajaan
#Pusat Khidmat Rakyat
#rakyat
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan