SHAH ALAM: Pusat pakaian sekitar bandar raya ini kembali sesak dengan kehadiran orang ramai yang seperti mahu 'membalas dendam' dalam melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri, selepas dua tahun menyambut perayaan tersebut secara sederhana.
Tinjauan Bernama di pusat pakaian terkemuka di Pusat Komersial, Seksyen 7 di sini mendapati berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira 10 pagi tadi, apabila orang ramai mengambil peluang cuti sempena Nuzul Al-Quran hari ini untuk membeli belah.
Penjawat awam Raja Amiruddin Raja Mamat, 40, berkata dia teruja berbelanja bagi persiapan menyambut Aidilfitri kali ini kerana akan pulang beraya di kampung halamannya di Kelantan.
"Persiapan tahun ini berbeza berbanding dua tahun sebelum yang hanya ala kadar. Jadi, tahun ini kita berbelanja lebih sedikit," katanya yang akan bercuti raya selama 10 hari.
Seorang lagi pembeli Siti Khadijah Awang, 34, berkata dia mengambil kesempatan cuti umum untuk membeli baju raya buat anak saudaranya.
"Memandangkan tahun ini, negara sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik, suasana Hari Raya akan lebih meriah, saya dan adik-beradik akan berkumpul di rumah emak di Sekinchan Syawal nanti," katanya.
Negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing, dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain.
Dalam pada itu, Pengarah Jakel Shah Alam Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata premisnya mendapat sambutan amat menggalakkan ,dengan orang ramai mula berpusu-pusu pada 10.15 pagi untuk membeli pakaian yang ditawarkan dengan pelbagai promosi.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan jumlah pelanggan akan terus meningkat pada akhir minggu ketiga dan keempat Ramadan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion Sdn Bhd Ajwad Khan Nasir Khan pula berkata pusat pakaian itu menerima jumlah pengunjung yang di luar jangkaan.
"Pengunjung betul-betul meningkat, sangat berbeza daripada tiga tahun lepas. Kedai kami yang sepatutnya ditutup pada 10 malam, terpaksa dianjak ke pukul 1 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Orang ramai mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan di Kompleks PKNS Shah Alam. - Gambar/ Bernama
Perkembangan di Kelantan dan persiapan gelombang baharu
Situasi banjir di Kelantan menunjukkan tanda-tanda pulih selepas angka mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara PPS mula menunjukkan penurunan.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
I-Nation Global Summit 2024: Tangani jurang data untuk mencapai transformasi teknologi
Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024 menumpukan usaha menyatukan individu daripada pelbagai sektor, bukan hanya dalam inovasi sains dan teknologi, tetapi merangkumi seluruh ekosistem. Matlamat utama persidangan ini adalah untuk memahami, menghargai, dan meramalkan trend semasa serta hala tuju masa depan.
[KOLUMNIS] Kuasa media melawan rasuah
RASUAH adalah salah satu isu paling besar yang merosakkan integriti dalam sektor awam dan swasta. Fenomena ini berlaku tanpa mengenal masa, tempat, atau golongan.
Banjir di selatan Thailand jejas Rantau Panjang
Keadaan kritikal disebabkan banjir di Rantau Panjang mempunyai kaitan dengan selatan Thailand, yang juga pada ketika ini teruk dilanda banjir.
Menurut Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putra, Kairul Azri Mohd Zain, air yang berada di sebelah kawasan negara jiran itu melimpah terus ke Sungai Golok yang meliputi Rantau Panjang dan juga tumpat.
Menurut Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putra, Kairul Azri Mohd Zain, air yang berada di sebelah kawasan negara jiran itu melimpah terus ke Sungai Golok yang meliputi Rantau Panjang dan juga tumpat.
Keluhan mangsa banjir, menumpang di PPS bukan rasmi
Situasi banjir di Rantau Panjang, Kelantan terus menjadi tumpuan, dengan sekolah-sekolah seperti SMK Gual Periok yang sebenarnya bukan PPS rasmi tetapi terpaksa diguna pakai untuk menempatkan mangsa banjir di lokasi ini.
Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir
Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak bulan lepas menyaksikan empat nyawa telah terkorban akibat bencana itu.
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan. “Memang ada ruang untuk mereka memohon melalui JKM dan jentera kerajaan”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Lebih 650 operasi pindah mangsa digerakkan JBPM sejak November
Lebih 650 operasi pemindahan mangsa banjir dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi bencana banjir yang melanda negara bermula November dengan paling tinggi dilakukan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Kerajaan Thailand dinilai kurang efisien bantu mangsa
Banjir yang melanda selatan Thailand yang kini berada pada tahap membimbangkan memperlihatkan sejumlah masyarakat terutamanya golongan muda menggembleng tenaga bagi membantu mereka yang terjejas oleh situasi itu.
Menurut sukarelawan selatan Thailand, Mhd. Sabri Yusoff, ini kerana usaha yang dilakukan kerajaan pusat dinilai kurang memberangsangkan meskipun situasi kian meruncing.
Menurut sukarelawan selatan Thailand, Mhd. Sabri Yusoff, ini kerana usaha yang dilakukan kerajaan pusat dinilai kurang memberangsangkan meskipun situasi kian meruncing.
'Semua persiapan Raya kami hangus terbakar'
Menurut Samsudin, ketika pada jam 5.15 petang tadi, dia berada di halaman rumah dan melihat api yang marak bermula dari rumah jiran sebelahnya.