awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Santuari Gajah tarikan pelancongan baharu Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
21/10/2021
04:14 MYT
Pusat Santuari Gajah tarikan pelancongan baharu Johor
Sultan Ibrahim mendengar taklimat pelaksanaan dan perkembangan penyelarasan Projek Santuari Gajah Johor daripada Hazlina Jalil dan Aminuddin Jamin di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada Khamis. Gambar Facebook Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU: Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi di sini, mampu menjadi produk pelancongan baharu, di negeri Johor.
Dalam hantaran terbaru di media sosial, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, JES berupaya meningkatkan kualiti habitat haiwan berkenaan.
Baginda sebelum itu menerima mengadap Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil dan Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada hari ini.
Pada pertemuan itu, Aminuddin turut mempersembahkan taklimat pelaksanaan dan perkembangan penyelarasan Projek Santuari Gajah Johor kepada Sultan Ibrahim.
Aminuddin berkata, tujuan pembinaan pusat berkenaan antara lain bagi memperkasakan pengurusan gajah di Johor dengan mengurangkan masalah gangguan gajah-gajah liar di kawasan pertanian serta penempatan.
"Santuari itu turut berperanan menyediakan peluang aktiviti berasaskan eko-pelancongan lestari dan mampu menjana sosio-ekonomi penduduk setempat.
"Komponen pembangunan yang telah disiapkan dalam Fasa 1 meliputi padok gajah, padang ragut, jambatan, jalan masuk utama, bangunan pentadbiran, serta berek pekerja," katanya.
Beliau turut mempersembahkan taklimat pelaksanaan pembangunan Fasa 2 JES (2020-2025) kepada Sultan Ibrahim.
Ia merangkumi aktiviti kemudahan pelawat, pemantauan pagar elektrik serta kelengkapan, sistem amaran awal, pembangunan lanskap serta program bersama penduduk setempat.
Tidak ketinggalan di dataran pelawat akan turut menempatkan surau, kedai cenderahati, kafe, laluan siarkaki, mercu tanda, taman permainan, wakaf dan pelbagai kemudahan lagi.
Pusat berkenaan dijangka dibuka kepada orang awam selepas berakhirnya Fasa 2 pada 2025, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat yang berkunjung.
Topic Berkaitan
#Pusat Santuari Gajah
#JES
#Johor
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan