awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Penganggur mengaku tidak bersalah bakar enam rumah di Kampung Johan Setia
Bekas PM Korea Selatan Han Duck-soo dihukum penjara 23 tahun kes darurat tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Sehenti Tenaga Kerja KESUMA diperluas ke seluruh negara - Sim

Bernama
Bernama
06/09/2025
13:00 MYT
Pusat Sehenti Tenaga Kerja KESUMA diperluas ke seluruh negara - Sim
Sim menyampaikan amanat pada Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2025 hari ini. - Gambar Bernama
KEPALA BATAS: Pusat Sehenti Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menempatkan semua perkhidmatan utama kementerian di bawah satu bumbung akan diperluas ke seluruh negara pada akhir tahun ini.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata pusat itu adalah bagi memudah cara penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh KESUMA kepada pekerja, majikan dan kesatuan tanpa perlu berulang-alik ke pelbagai lokasi.
Beliau berkata empat Pusat Sehenti Tenaga Kerja KESUMA telah diwujudkan secara rintis iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
"Setakat ini, sambutan agak baik tetapi kita biarkan ia matang dahulu... hingga hujung tahun ini kita akan perhatikan, dan kalau dah mantap operasi pusat tenaga kerja maka kita akan perluaskan ke negeri lain di seluruh negara," katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Bertam hari ini.
Antara agensi yang terlibat dalam pusat sehenti ialah Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Jabatan Tenaga Manusia, Mahkamah Perusahaan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara serta Talent Corporation Malaysia Berhad.
Sim turut mengumumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) akan melaksanakan Kursus Train-The-Trainer secara percuma untuk melahirkan 100 pakar latihan dalam bidang Perhubungan Industri bagi memperkukuh keupayaan institusi dan memberi pendedahan bermanfaat kepada kesatuan sekerja di seluruh negara.
Beliau berkata kursus itu ditawarkan khususnya kepada pengamal perusahaan industri daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) bagi tujuan peningkatan kemahiran.
Selain itu, Sim mengumumkan kelulusan bantuan kewangan berjumlah RM100,000 kepada MTUC bagi tahun ini susulan permohonan rasmi yang diterima daripada kesatuan berkenaan pada 22 Ogos lepas.
Terdahulu, beliau menyampaikan lima anugerah sebagai tanda penghargaan kepada tokoh dan kesatuan sekerja yang telah banyak menyumbang dalam memperjuangkan kepentingan pekerja di negara ini.
Presiden CEUPACS Datuk Dr Adnan Mat dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Sumber Manusia manakala Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang menerima Anugerah Tokoh Kesatuan Sekerja.
Selain itu, Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Perak (KESOJA) menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Awam), Kesatuan Pekerja-Pekerja Air Kelantan Sdn Bhd menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Swasta) dan Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh Sektor Badan Berkanun diberikan kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Semenanjung Malaysia (KEJASA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#HRD Corp
#perkhidmatan awam
#KESUMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan