awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat ujian berkomputer di institut memandu mudahkan calon peroleh lesen

Bernama
Bernama
22/05/2025
13:15 MYT
Pusat ujian berkomputer di institut memandu mudahkan calon peroleh lesen
Tiga bakal pemandu baharu yang lulus KPP menunjukkan sijil mereka. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Pembukaan pusat ujian undang-undang berkomputer di institut memandu (IM) memberi kelebihan kepada calon untuk memiliki lesen memandu dalam tempoh singkat menerusi kaedah lebih sistematik dan efisien, kata Timbalan Presiden Persatuan Institut Memandu Kelantan Kamaruddin Hassan.
Beliau berkata inisiatif diperkenalkan kerajaan itu berjaya mengurangkan waktu menunggu calon dan memperkemas proses permohonan lesen.
"Dengan adanya pusat ujian di akademi (IM), calon boleh terus menduduki ujian sejurus selesai mengikuti Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Jika gagal, mereka boleh mengulang ujian pada hari sama, berbanding sebelum ini yang memerlukan tempahan semula dalam tempoh tertentu.
"Pendigitalan sistem ini membolehkan ujian KPP dan ujian litar dijalankan di lokasi sama, sekali gus menjimatkan masa dan memudahkan calon," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Ujian KPP di Institut Yakin Pandu Sdn Bhd di sini hari ini.
Kamaruddin yang juga Pengarah Urusan Akademi Memandu Anda Sdn Bhd dan pemilik institut memandu pertama di Kelantan yang melaksanakan sistem itu berkata, sejak pelaksanaannya kira-kira enam bulan lepas, hampir 3,000 calon telah berjaya memperoleh lesen memandu.
Setakat ini, katanya tiga daripada 15 institut memandu di Kelantan telah menyediakan pusat ujian berkomputer masing-masing.
Sementara itu, Pengurus Besar Institut Yakin Pandu Sdn Bhd Erniy Zulhayat Zulnaidi berkata pelaksanaan sistem digital bukan sahaja meningkatkan integriti perkhidmatan, malah menyokong agenda kelestarian yang digariskan kerajaan.
Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan memperkenalkan inisiatif pusat ujian digital tahun lepas sebagai langkah mempermudah urusan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM), selaras dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#lesen memandu
#pusat ujian berkomputer
#tempahan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan