SHAH ALAM: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan memberi kerjasama penuh terhadap cadangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyemak semula kaedah pemeriksaan kenderaan berat bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan tersebut semasa berada di jalan raya.
Puspakom dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu yang melibatkan kaedah pemeriksaan kenderaan berat bagi item yang melibatkan tahap keselamatan yang tinggi seperti pemeriksaan kecekapan brek, keselamatan tayar dan komponen lain.
"Kaedah pemeriksaan yang sedia ada pada masa ini adalah dibuat sebagaimana telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Kelengkapan dan Standard Pemeriksaan) 1995," katanya.
Di bawah cadangan itu, Puspakom berkata kaedah pemeriksaan kenderaan boleh diselaraskan oleh pihaknya apabila diputuskan oleh JPJ kelak dan tidak melibatkan perubahan kepada peralatan pemeriksaan sedia ada.
Menurutnya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Puspakom telah menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap sejumlah 270,385 kenderaan berat dengan sebanyak 15.8 peratus atau 42,772 kenderaan berat gagal mematuhi piawaian pemeriksaan yang ditetapkan oleh JPJ.
Syarikat pemeriksaan kenderaan itu berkata jumlah itu termasuk 4.6 peratus atau 12,339 kenderaan berat adalah gagal ujian kecekapan brek.
"Mana-mana kenderaan yang gagal, perlu menjalani pemeriksaan semula sebelum dapat dilesenkan oleh JPJ," katanya.
Puspakom berkata usaha untuk menyemak semula tahap keselamatan kenderaan berat perlulah seiring dengan langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya yang lain seperti sikap pemandu dan pemilik kenderaan untuk menjaga dan menyelenggara kenderaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
"Memandangkan pemeriksaan yang dijalankan oleh Puspakom hanyalah pada setiap enam bulan, adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pemandu kenderaan berat dalam tempoh tersebut untuk memastikan setiap kenderaan milik mereka adalah selamat sebelum memulakan sebarang perjalanan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan JPJ merancang tindakan bersepadu melalui pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan 'roadworthiness' atau layak untuk dipandu di jalan raya bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata antara tindakan itu ialah memperketat prosedur operasi standard pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Puspakom.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Syarikat pemeriksaan kenderaan itu berkata jumlah itu termasuk 4.6 peratus atau 12,339 kenderaan berat adalah gagal ujian kecekapan brek. - Gambar hiasan/BERNAMA

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah
Ada segolongan orang tengah yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Kerajaan kaji semula monopoli untuk sediakan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat - PM
Kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.

Perjanjian konsesi Puspakom dilanjutkan 15 tahun lagi, perlu lakukan tambah baik
Konsesi perjanjian Puspakom yang dilanjutkan 15 tahun pada 2009 akan tamat tempoh pada 31 Ogos 2024.

Puspakom sedia bekerjasama semak semula kaedah pemeriksaan kenderaan berat
Ia bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan tersebut semasa berada di jalan raya.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.

Nahas tiga beranak: Polis tunggu laporan Puspakom
Kenderaan terbabit telah dihantar ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan mekanikal termasuk berkaitan brek kereta.

Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.

Kempen #drivesafenoregrets: Pemeriksaan kenderaan percuma PUSPAKOM sempena Hari Raya
Ia akan ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian bermula pada 17 hingga 29 April 2022 di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara.