KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan seluruh jentera dan kepimpinan parti memberi fokus 100 peratus kepada agenda membela rakyat dan menjadi suara rakyat menjelang PRU15.
Setiausaha Puteri UMNO Asuma Beevi Mohamed Sali berkata 171 bahagian bertegas mahukan jentera parti dipimpin dan difokuskan ke arah gerak kerja memenangi PRU15 sebagai agenda utama parti serta hanya mengadakan pemilihan parti selepas pilihan raya umum itu.
"Ketidakstabilan parti menuju ke PRU15 selepas pemilihan akan memberi impak negatif jangka panjang kepada parti dan rakyat khususnya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Asuma Beevi berkata perkara itu merupakan antara tiga usul utama yang dibawa perwakilan Puteri UMNO seluruh negara dalam mesyuarat perwakilan pada 11 dan 12 Dis, dengan kurang daripada 10 bahagian lagi akan bersidang hari ini serta Ahad, selain memaklumkan 180 bahagian telah menghantar usul kali ini.
Menurut Asuma Beevi, usul kedua yang disokong sebulat suara adalah memastikan wanita muda dinamakan sebagai calon pilihan raya demi memperkasa dan menaiktaraf kedudukan golongan muda di dalam parti.
Beliau berkata usul ketiga yang dibawa suara majoriti perwakilan Puteri UMNO pula adalah mendesak kerajaan supaya menjadi kerajaan yang memperkasakan wanita dan memberi ruang seluasnya kepada wanita dalam penggubalan dasar negara.
"Usul-usul ini akan diperhalusi dan dibahas di Persidangan Agung UMNO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi mendapatkan mandat perwakilan seterusnya dimuktamadkan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
"Selain agresif bersiap-siaga menunggu gendang perang dipalu, harapan para perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seluruh negara adalah agar suara anak muda diangkat dan terus diperkasakan demi kelangsungan parti keramat ini," katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 13 Jan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Asuma Beevi berkata perkara itu merupakan antara tiga usul utama yang dibawa perwakilan Puteri UMNO seluruh negara dalam mesyuarat perwakilan pada 11 dan 12 Dis. - Foto Facebook Asuma Mohamed Sali
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Puteri UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15 - Asuma Beevi
Asuma Beevi berkata 171 bahagian bertegas mahu jentera parti dipimpin dan difokuskan ke arah gerak kerja memenangi PRU15.