awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Puteri Untuk Umno dan Puteri Harapan Umno' slogan Mas Ermieyati

Bernama
Bernama
12/09/2013
13:53 MYT
'Puteri Untuk Umno dan Puteri Harapan Umno' slogan Mas Ermieyati
'Puteri Untuk Umno dan Puteri Harapan Umno' menjadi slogan Mas Ermieyati Samsudin dalam pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Ketua Puteri Umno Melaka itu yang telah menawarkan diri bertanding jawatan itu berkata slogan itu diharap dapat menjadi pendorong kepada anggota Puteri di seluruh negara supaya bersama-sama memperjuangkan agenda parti demi rakyat.
"Pemilihan parti bulan depan akan ditentukan 100,000 ahli Puteri di seluruh negara dan saya lihat Puteri perlu balik semula pada perkara asas dengan menyebut tentang keahlian dan semangat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas tayangan filem 'Tanda Putera' anjuran Puteri Umno Melaka di sini, Rabu.
Katanya pergerakan itu juga perlu memberikan tumpuan menarik golongan muda untuk bersama-sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada masa depan.
Beliau juga berharap semua pihak dapat bersaing secara sihat tanpa menimbulkan sebarang isu yang boleh menjejaskan parti.
Topic Berkaitan
#Ketua Puteri UMNO
#Mas Ermieyati Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan