awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puting beliung gemparkan penduduk Bukit Kayu Hitam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/01/2022
13:04 MYT
Puting beliung gemparkan penduduk Bukit Kayu Hitam
Penduduk di kawasan Bukit Kayu Hitam gempar apabila dilanda angin puting beliung pada petang Rabu.
BUKIT KAYU HITAM: Penduduk di kawasan Bukit Kayu Hitam gempar apabila dilanda angin puting beliung pada petang Rabu.
Kejadian angin berpusing atau dipanggil belalai darat itu berlaku dalam tempoh 3 minit kelihatan menerbangkan debu dan sampah.
Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, orang ramai dingatkan supaya menjauhi kawasan itu sekiranya ternampak pusaran angin.
“Pusaran angin ini boleh mengangkat objek di sekeliling bergantung pada kekuatan angin.
“Keadaan cuaca panas di Kedah ketika ini menyebabkan tiupan angin agak kencang sehingga wujudnya awan kumulonimbus yang menyebabkan terbentuknya belalai darat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Muhammad Khalil berkata, pusaran belalai darat ini berkemungkinan besar boleh berulang malah lebih besar yang boleh membawa kemusnahan lebih teruk.
“Saya mengingati orang awam yang ternampak fenomena ini mencari tempat berlindung dengan segera dan tidak berada di kawasan lapang kerana angin pusaran boleh mengundang bahaya.
Menerusi clip video berdurasi 2:33 saat itu memaparkan pembentukan puting beliung itu yang menimbulkan kebimbangan penduduk di kawasan Bukit Kayu Hitam.
Bagaimanapun, katanya kekuatan belalai darat itu hanyalah di tahap sederhana.
Muhammad Khalil berkata, kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini di Langkawi dan Pendang.
Paling dasyat katanya, kejadian belalai darat itu paling teruk melanda pada tahun 2014 dimana beberapa kawasan di daerah Kota Setar mengalami kerosakan selepas bumbung rumah diterbangkan angin.
Topic Berkaitan
#puting beliung
#belalai darat
#Bukit Kayu Hitam
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan