awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/08/2022
15:05 MYT
Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam. - Foto Astro AWANI/Ridauddin Daud
PUTRAJAYA: Tinggal kurang sejam sebelum 31 Ogos 2022, lebih 10,000 rakyat Malaysia berhimpun di Anjung Floria, Putrajaya bagi meraikan Sambutan Ambang Merdeka 2022.
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.
Sambil menantikan detik 12 tengah malam, pengunjung dihiburkan dengan konsert daripada beberapa artis tempatan, artis baharu dan juga lama.
Antara yang sudah membuat persembahan ialah Haqiem Rusli, Amir Masdi, Datuk Nash Lefthanded dan Ameng Spring dan Manbai.
Ratu Rock Negara, Ella juga dijangka melakukan persembahan pada malam ini di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, barisan menteri dan ribuan rakyat Malaysia.
Beberapa menteri iaitu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Md Jidin; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong merupaka antara yang hadir.
Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed antara yang dilihat sudah tiba di khemah utama.
Hari Kebangsaan 2022: Kandungan eksklusif Astro AWANI di sini
Pengunjung yang hadir dilihat bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali artis membuat persembahan, simbolik semangat kemerdekaan di ambang 31 Ogos.
Kemuncak sambutan adalah laungan merdeka sebanyak tujuh kali pada 12 tengah malam, diikuti persembahan bunga api dan nyanyian lagu Negaraku.
Sambutan pada malam ini adalah anjuran Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 dan penganjuran Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022.
Topic Berkaitan
#Ambang Merdeka 2022
#Hari Kebangsaan
#kemerdekaan
#Jalur Gemilang
#31 Ogos
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan