Putrajaya kini dalam fasa peralihan ke sistem lampu isyarat AI

- Gambar hiasan
PERBADANAN Putrajaya memaklumkan kepada pengguna, pihaknya sedang melaksanakan kerja menaik taraf sistem pengurusan trafik di Putrajaya kepada sistem berasaskan kecerdasan buatan.
Dengan langkah ini, Putrajaya menyasarkan aliran trafik yang lebih lancar berbanding sedia ada.
Untuk sistem berkenaan, kamera VA akan digunakan dalam melakukan analisis video sekali gus mengesan jumlah kenderaan, serta mengukur jarak barisan menunggu dengan tepat.
Seterusnya sistem akan melaraskan masa lampu hijau berdasarkan trafik semasa, selain meramal corak trafik.
Sistem juga akan menyeragamkan paparan lampu isyarat dalam mewujudkan aliran trafik tanpa henti di Putrajaya.

- Foto Amanz
Dengan langkah ini, aliran trafik dijangka akan lebih lancar, sekali gus mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.
Buat masa ini, fasa peralihan sementara sedang dilaksanakan, dan ia dijangka dinaik taraf ke sistem berasaskan AI dalam masa terdekat.
Buat masa ini, garis masa pelaksanaan belum dikongsikan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


