awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli

Bernama
Bernama
08/02/2025
00:00 MYT
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Sharuddin berkata bidang ini turut dipilih kerana selari dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Presiden PVATM Datuk Sharuddin Omar berkata bidang ini turut dipilih kerana selari dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara.
"Sumbangan kami tidak besar namun sekurang-kurangnya kita menyediakan platform untuk membantu veteran kita sendiri," katanya kepada pemberita di Pusat Jualan Ayam Segar Veteran di Paroi, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata pusat jualan itu telah beroperasi sejak tiga bulan lepas dan pada peringkat permulaan pihaknya turut bekerjasama dengan sebuah syarikat bagi membantu menguruskan perusahaan milik PVATM.
Sharuddin berkata setakat ini PVATM mempunyai tujuh ladang ayam kontrak di Johor Bahru yang akan membekalkan ayam segar kepada tiga pusat jualan utama PVATM di Muar, Paroi dan di Bacang, Melaka yang akan dibuka pada bulan depan di samping jualan di Selangor.
Beliau berkata selain ayam segar yang dijual RM7.50 sekilo, PVATM turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk ayam perap, ayam bulat dan ayam potong dengan harga lebih murah berbanding pasaran.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima cukup menggalakkan, walaupun baru beroperasi kita telah terima tempahan 500,000 peket ayam perap daripada pengusaha di Singapura," katanya dan menambah PVATM turut berhasrat melebarkan sayap perniagaan itu ke Thailand, Brunei dan Indonesia.
Dalam pada itu, beliau berkata selain produk makanan, persatuan itu juga terlibat dalam bidang perhotelan bagi menambah sumber pendapatan dengan setakat ini terdapat dua hotel yang sedang dalam pengubahsuaian iaitu di Paroi yang mempunyai 150 bilik manakala di Kuala Lumpur sebanyak 330 bilik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PVATM
#ayam perap
#pusat jualan
#sumber pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan