awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raba anak jiran, lelaki dipenjara empat tahun

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/10/2022
06:38 MYT
Raba anak jiran, lelaki dipenjara empat tahun
Tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Tindakan seorang lelaki melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba anak jirannya berusia 12 tahun membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.
Tertuduh, Mohd Saperi Sapar, 48, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas satu pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah rumah di Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius selain faktor usia mangsa yang masih muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun daripada tarikh ditangkap iaitu 9 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#raba anak jiran
#amang seksual
#Tangga Batu Melaka
#kesalahan seksual kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan