awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi
Pelancong Arab Saudi dipelawa masukkan Perlis dalam itinerari TMM 2026

Rabun bukan penghalang catat keputusan cemerlang

Bernama
Bernama
21/03/2013
07:57 MYT
Rabun bukan penghalang catat keputusan cemerlang
Seorang pelajar lelaki yang mengalami masalah rabun sejak kecil hari ini membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk berjaya apabila memperoleh keputusan cemerlang 8A+, 1A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Teo Guo Sheng, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat berkata kejayaan itu berbaloi dengan segala pengorbanan yang dilakukannya sama ada ketika belajar di sekolah ataupun di rumah.
"Saya mengalami kerosakan retina sejak bersekolah tadika. Saya bernasib baik kerana ibu bapa, guru dan rakan-rakan sentiasa membantu dalam pelbagai hal," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman SPM 2012 oleh Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A.Ghani, di sini hari ini.
Teo yang merupakan anak pekerja kilang baju berkata beliau biasanya belajar di rumah setiap hari selepas pulang dari sekolah selain memasuki kelas tuisyen bagi meningkatkan penguasaan dalam beberapa mata pelajaran.
Memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, beliau berharap mereka yang senasib dengannya tidak menganggap masalah yang dihadapi sebagai bebanan sebaliknya terus berusaha untuk berjaya setanding orang lain.
Sementara itu, seorang lagi pelajar lelaki yang mengalami masalah rabun sejak lahir, Ng Guo Sern, 18, pula tidak menyangka menjadi antara pelajar yang disenaraikan sebagai pelajar cemerlang apabila mendapat 4A, 4A-, 1C+ dan 1C.
"Saya tidak dapat melihat apa yang ditulis di papan hitam, jadi, saya selalu meminta rakan-rakan membantu apa yang diajar guru.
"Saya juga memperuntukkan masa lebih sejam setiap hari untuk belajar di rumah dan hari ini saya berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh," katanya yang mempunyai seorang kakak yang turut mengalami masalah sama.
Pelajar SMK Sri Muar itu berkata beliau bercita-cita menjadi akauntan dan buat masa ini beliau hanya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Topic Berkaitan
#cemerlang
#keputusan
#rabun
#SPM
#Teo Guo Sheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.