PASIR MAS: Meskipun rabun sejak lahir, Niki Amirul Zimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini, tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuknya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi dan Geografi.
Niki berkata sepanjang tempoh pembelajaran beliau terpaksa mengulang kaji bahan bacaan dalam jarak yang dekat akibat masalah rabun yang dihadapinya itu.
"Memandangkan saya mengalami masalah rabun sejak lahir, ia telah menjejaskan penglihatan saya terutamanya ketika membaca selain untuk memberi fokus ketika dalam kelas.
"Satu-satunya kaedah yang saya gunakan adalah membaca dengan jarak dekat," katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Niki yang juga menghidap penyakit Albino berkata beliau tidak mempunyai jadual tetap untuk menelaah pelajaran dan hanya mengikut kemampuan diri.
"Kebiasaannya saya hanya ulang kaji pelajaran sekitar tiga jam sehari, sekiranya kepenatan saya tidak akan memaksa diri kerana ia akan mendatangkan tekanan kepada saya termasuk fokus penglihatan juga mungkin terjejas.
"Saya rasa syukur kerana guru, rakan dan ibu Suemoh Dollah, 46 serta bapa Zimi Mamat, 60 tidak pernah berputus asa memberi semangat dan dorongan kepada saya sehingga saya berjaya meraih kejayaan pada hari ini," katanya yang bercita-cita menjadi guru.
Niki berkata keputusan cemerlang itu juga membuktikan bahawa kekurangan dirinya bukanlah penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.
"Saya ingin berpesan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti saya untuk sentiasa berfikiran positif walaupun ditakdirkan mempunyai kekurangan daripada orang lain kerana setiap insan itu mampu berjaya sekiranya ada usaha," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Dua pelajar cemerlang STPM SMK Tengku Panglima Raja, Nur Yasmin Hani Kasman (kiri) bersama Niki Amirul Zimi (kanan) bersama rakan-rakan dan guru-guru meraikan kejayaan mereka. - Foto BERNAMA

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sukatan baharu mata pelajaran tingkatan enam disasar dilaksana mulai 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan sukatan baharu mata pelajaran tingkatan enam dapat dilaksanakan mulai Semester 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026.

Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin
Amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin hampir setiap hari antara rahsia kejayaan Nur Yasmin Hani, sehingga dinobatkan sebagai tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan STPM 2021.

59 calon STPM Pahang peroleh PNGK 4.0
Sejumlah 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Rabun sejak lahir tidak halang Niki raih keputusan cemerlang STPM
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran.

STPM 2021: 874 calon dapat PNGK 4.00
Daripada jumlah itu, seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.

Calon STPM boleh semak keputusan bermula hari ini
Calon-calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.

Keputusan STPM dikeluarkan pada 18 Ogos - Majlis Peperiksaan
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

Tarikh peperiksaan STPM dipinda
Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua STPM 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh baharu.