awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi cabar Khairy debat penghakiman kes liwat Anwar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/02/2015
08:38 MYT
Rafizi cabar Khairy debat penghakiman kes liwat Anwar
Rafize mencabar Khairy untuk berdebat dengannya mengenai konspirasi politik dan penghakiman kes Anwar
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengannya mengenai konspirasi politik dan penghakiman kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi berkata beliau akan mengambil kira kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 18 Februari, di mana beliau menyatakan kesediaan beliau menyediakan satu platform bagi mana-mana pihak yang ingin berdebat mengenai keputusan penghakiman itu.
“Oleh yang demikian, saya dengan terbuka menyambut kesediaan Ahmad Shabery itu dengan mencabar Khairy untuk berdebat mengenai konspirasi politik dan penghakiman ke atas Anwar.
“Saya menyeru supaya Ahmad Shabery tidak gentar dan dengan terbuka menyediakan platform dengan syarat format debat dan moderator dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan perdebatan perlu disiarkan secara langsung untuk mengelakkan dari disunting.
“Saya juga menggesa Khairy supaya tidak menarik diri dan berani tampil ke hadapan untuk membersihkan nama UMNO yang sudah terpalit dan dilihat sebagai dalang di sebalik penghakiman terhadap Anwar,” katanya semasa satu siding media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Rafizi menambah rakyat akan menunggu jawapan dari Ahmad Shabery dan Khairy untuk menilai sendiri apakah UMNO ada keberanian untuk membersihkan namanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Rafizi Ramli
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan