awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manfaat digitalisasi perlu inklusif, dirasai semua - Gobind
Lelaki disyaki bakar rumah abang ipar ditahan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi diperintah bela diri atas pertuduhan dedah laporan 1MDB

Bernama
Bernama
01/09/2016
05:38 MYT
Rafizi diperintah bela diri atas pertuduhan dedah laporan 1MDB
Mohd Rafizi (gambar) diperintah membela diri atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan 1MDB. -Gambar fail
Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintah membela diri atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan 1MDB di laman web, Facebook, telefon bimbit dan pada sidang media di lobi Parlimen, Mac lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan Mohd Rafizi telah memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Zulqarnain dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, 39, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, pada akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tiga hari perbicaraan mulai 27 Sept untuk mendengar pembelaan Mohd Rafizi.
Zulqarnain membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar dan Zhafran Rahim Hamzah dan Peguam Gobind Singh Deo.
Mohd Rafizi, didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat sama, pada 3 petang, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Anggota Parlimen Pandan
#laporan 1MDB
#Mohd Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan