awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun

Bernama
Bernama
09/01/2025
09:15 MYT
Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Rafizi (kanan) bercakap semasa sesi bual bicara santai bertajuk "From 'Made in Malaysia' to 'Made by Malaysia" di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini, Khamis. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika memberikan gambaran tersebut berkata negara boleh merealisasikan industri itu dengan memanfaatkan sektor hiliran dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan semikonduktor di peringkat pemasangan dan pengujian.
"Jadi, kita bukan sahaja mewujudkan sektor ekonomi bernilai tinggi yang memenuhi permintaan, malah kita juga boleh menjadi peserta global kerana negara-negara lain turut memerlukan pusat data.
"Itulah visi jangka masa panjang kerajaan mengenai keseluruhan sumbangan kecerdasan buatan (AI) dan pusat data kepada ekonomi kita," katanya semasa sesi bual bicara santai bertajuk "From 'Made in Malaysia' to 'Made by Malaysia" di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini, Khamis.
Rafizi berkata Malaysia dijangka menjadi kuasa besar pusat data global dan mahu menyokongnya melalui tenaga boleh baharu.
Beliau berkata Malaysia sedang memuktamadkan pusingan bidaan solar berskala besar kelima (LSS5) dan dijangka disusuli dengan LSS6.
"Kita seharusnya berupaya membolehkan kapasiti tenaga boleh baharu berkembang dengan lebih cepat daripada yang pernah kita lihat sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cip buatan Malaysia
#GPU
#Rafizi Ramli
#pembuatan semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan