awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM

Bernama
Bernama
28/01/2025
12:30 MYT
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Masyarakat Cina mengunjungi pasar raya terkemuka untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 29 Januari ini, ketika tinjauan di sekitar ibu kota hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok, Ahmad Zahid mengajak rakyat supaya bersama-sama meraikan semangat perpaduan serta menanamkan nilai saling menghormati.
"Marilah menjadikan Tahun Baharu Cina ini sebagai detik yang penuh makna dalam perjalanan kita membina sebuah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.
"Walau apa pun latar belakang kita, kita semua adalah rakyat Malaysia. Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025, saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya!," katanya menerusi catatan di Facebook.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengajak rakyat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan, semangat muhibah, toleransi serta kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata nikmat perpaduan dan keharmonian kaum yang dinikmati di Malaysia, perlu disyukuri kerana ia asas kepada kestabilan, kesejahteraan serta kemakmuran negara.
"Semoga perayaan tahun ular ini mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan kita serta membawa kebahagiaan yang melimpah, rezeki yang bertambah dan kejayaan kepada semua.
"Saya dan keluarga serta seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan juga Pusat Khidmat P194 Petra Jaya, mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#Ahmad Zahid Hamidi
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan