RAIZ Malaysia hari ini menutup semua akaun di bawah mereka, dan sebarang baki akaun yang masih terdapat dalam akaun akan dikeluarkan secara automatik, dan dimasukkan ke Akaun Pengeluaran yang telah ditetapkan oleh para pengguna.


Ringkasan AI
  • Raiz Malaysia menutup semua akaun pengguna dan baki akaun akan dikeluarkan secara automatik ke Akaun Pengeluaran yang ditetapkan.
  • Langkah ini susulan pengumuman Raiz untuk menamatkan operasi mereka di Malaysia.
  • Mulai 16 Oktober 2024, semua akaun Raiz di Malaysia tidak lagi boleh diakses.


Langkah ini adalah lanjutan daripada pengumuman pihak Raiz yang menamatkan operasi mereka di Malaysia.

Sejak awal bulan September ini, pengguna sudah tidak lagi boleh melakukan pelaburan dan menukar portfolio pelaburan pada Raiz Malaysia, dan hari ini semua akaun ditutup secara automatik.

Bergerak ke hadapan, bermula 16 Oktober 2024 kelak, semua akaun Raiz di Malaysia tidak lagi boleh diakses. -Amanz