awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja boleh didakwa - Tun Abdul Hamid

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
20/09/2017
00:58 MYT
Raja boleh didakwa - Tun Abdul Hamid
TUN ABDUL HAMID: Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sesiapapun melebihi undang-undang negara, termasuk Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sesiapapun melebihi undang-undang negara, termasuk Raja-Raja Melayu.
Perkara itu termaktub dalam perlembagaan yang dengan jelas menggariskan bahawa sesiapa sahaja di negara ini boleh didakwa jika melakukan kesalahan, termasuk Raja-Raja Melayu.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memaklumkan, meskipun pada awal kemerdekaan perlembagaan meletakkan Yang Dipertuan Agong dan Raja melangkaui undang-undang seperti konsep Raja Berperlembagaan di England, namun selepas beberapa dekad, ia telah dipinda dengan perkara 182 sekaligus melihat penubuhan sebuah Mahkamah Khas.
"Mahkamah Khas ini ditubuh dengan dipengerusikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakimnya terdiri daripada, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah,Sarawak dan beberapa lagi yang dilantik.
"Tugas Mahkamah Khas ini adalah untuk membicarakan Raja-Raja termasuk Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan-Sultan, Permaisuri-Permaisuri Agong jika mereka ada melakukan sesuatu kesalahan jenayah atau wujud tuntutan sivil.
"Ini satu pekara yang tidak ada di negara-negara Beraja lain yang mengamalkan konsep 'The King is above the law'," ujarnya dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Ikuti rakaman penuh temubual bersama Tun Abdul Hamid Mohamad.
Topic Berkaitan
#Ketua Hakim Negara
#mahkamah
#Majlis Raja-Raja
#Tun Abdul Hamid Mohamad
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan