IPOH: Ibrahim Mat Zin yang digelar Raja Bomoh berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengadakan ritual atau sebarang upacara bercanggah dengan agama dan hukum syarak.
Ibrahim, 71, turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya tidak mengetahui ada fatwa dikeluarkan di negeri ini mengenai amalan perbomohan dilakukannya itu adalah bertentangan dengan hukum syarak.
"(Sebelum ini) saya sebenarnya berjanji dengan Jabatan Agama Islam Wilayah semasa Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi mufti. Saya tidak benarkan buat 'show' (upacara perbomohan).
"Saya tidak tahu pula ada undang-undang ini (fatwa). Apabila saya dapat tahu, sebagai anak Perak, saya akan mematuhinya dan ikut semua fatwa-fatwa yang dikeluarkan JAIPk.
"Jadi untuk akan datang ini saya tak akan buat lagi benda-benda yang tidak baik. Saya buat yang baik-baik saja untuk Perak dan seluruhnya.
"Terima kasih kepada JAIPk yang datang berbincang dan beri kesedaran kepada saya sebab selama ini saya tak tahu," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Perak di sini pada Jumaat.
BACA: Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
BACA: Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ibrahim bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai Puteri Zaleha telah dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh susulan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.
Mereka diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin kalangan ahli keluarga.
Ibrahim berkata, pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAIPk berhubung siasatan kes itu dan memaklumkan sudah memberi keterangan kepada jabatan itu pada Khamis.
Menurutnya, anggota penguat kuasa JAIPk telah hadir ke rumahnya sekitar jam 3.45 petang Khamis dan membawanya untuk diambil keterangan bersama Puteri Zaleha yang merupakan sepupunya bermula jam 9 malam Khamis hingga 3 pagi Jumaat.
"Pihak jabatan agama daripada ketua sehinggalah anggota memberi layanan yang sungguh baik kepada, tiada caci apatah lagi menghina.
"Jadi orang ramai janganlah tersilap, penahanan itu dibuat mengikut undang-undang," jelas beliau.
Mengulas mengenai saman RM300 juta pula, Ibrahim bertegas untuk meneruskan tindakan itu terhadap jabatan yang mendakwa dirinya melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
"Ada jabatan-jabatan berkenaan yang mengatakan saya tak sihat. Itu telah menjatuhkan maruah saya sebagai raja bomoh, sebab itu saya mahu saman mereka. Jabatan mana, itu saya belum mahu beritahu," katanya.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara bomoh yang dilakukan Ibrahim pada tahun 2015 di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.
Fatwa yang diwartakan menyebut sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim menggunakan objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Fri Jan 07 2022
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' ditemui media selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.
Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.
Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.
Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.
Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.
Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.
Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.
'Raja Bomoh' ziarah Najib, mahu lihat sejarah
Ibrahim berkata tujuannya hanya untuk menziarah dan mennyanjungi sumbangan yang telah diberikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.