awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/01/2022
07:48 MYT
Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai,  Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar -Raja Bomoh- ditemui media selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada Jumaat membebaskan dengan jaminan Ibrahim Mat Zin atau digelar Raja Bomoh yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam. 
 Ibrahim, 71, bersama sepupunya, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin di kalangan ahli keluarga. 
 
Hakim Syarie Mohammad Najib Ab Razak membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak yang dikemukakan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Perak 2004. 


Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan kertas pertuduhan pada prosiding itu kerana masih memerlukan masa untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut. 
 
Dalam prosiding itu, Suhaili memberitahu mahkamah bahawa dua individu terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 di sebuah rumah di Taman Rapat Jaya 1, Ipoh sekitar jam 3.45 petang, 6 Januari lepas. 
 
Bagi tujuan siasatan itu, dikemukakan agar kedua-dua mereka diberikan satu pembebasan dengan satu cagaran penjamin oleh mahkamah. 
 
Suhaili memohon agar mahkamah mengenakan kadar jaminan maksimum RM3,000 mengambil kira kepentingan awam memandangkan kes itu telah tular dan mendapat perhatian umum.
BACA: Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala 
 
Dalam rayuannya, Ibrahim yang mempunyai 32 anak dan tiga isteri, manakala Suliaha, seorang pesara kerajaan memohon agar jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. 
 
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 setiap seorang dan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
 
Siasatan ke atas mereka dibuat ekoran satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial. 
 
Susulan video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.
Topic Berkaitan
#Raja Bomoh
#Puteri Zaleha
#ritual tolak banjir
#ibrahim mat zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan