awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Harald masih terima rawatan, pesawat bawa pulang tiba di Langkawi

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2024
15:29 MYT
Raja Harald masih terima rawatan, pesawat bawa pulang tiba di Langkawi
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Oslo pada Khamis itu akan membawa pulang Raja Harald V dengan kelengkapan perubatan. - Gambar AP/Vincent Thian
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Scandinavian Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Jumaat, di mana Raja Norway Raja Harald V sedang menerima rawatan.
Raja Harald, 87 tahun sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi akibat jangkitan.
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Oslo pada Khamis itu akan membawa pulang Raja Harald V dengan kelengkapan perubatan.
Memetik Associated Press, anak lelakinya, Putera Mahkota Haakon memaklumkan keadaan bapanya semakin pulih dan memerlukan rehat sebelum dibenarkan pulang.
BACA: Raja Harald V terus pulih, usaha diambil untuk bawa pulang baginda - Istana Norway
Sementara itu, laporan Reuters memaklumkan pada Jumaat bahawa Raja Harald V belum meninggalkan Malaysia.
Tambah laporan itu yang memetik kenyataan Istana Norwary, Raja tertua di Eropah itu perlu menerima rawatan dan rehat beberapa hari sebelum pulang ke Norway.
Raja Harald telah menjadi Ketua Negara Istiadat Norway sejak 1991.
Baginda telah berulang kali dimasukkan ke hospital akibat jangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini selain menjalani pembedahan jantung.
Topic Berkaitan
#menerima rawatan
#kelengkapan perubatan
#Istana Norway
#pembedahan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan