awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Selangor berkenan hadiri Program Iftar Kasih Ukhwah bersama warga KKKJ

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
25/03/2025
14:15 MYT
Raja Muda Selangor berkenan hadiri Program Iftar Kasih Ukhwah bersama warga KKKJ
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menghadiri Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) pada Selasa. - Astro AWANI
PETALING JAYA : Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menghadiri Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) pada Selasa.
Dalam majlis itu, baginda menandatangani buku pelawat KKKJ dan melawat beberapa kawasan di sekitar kolej tersebut.
Lawatan itu turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang juga Penasihat Yayasan TZA, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Baginda kemudian menyampaikan sumbangan duit raya kepada 160 pelajar kolej sempena Aidilfitri.
KKKJ turut menerima sumbangan 160 kotak makanan serta dua unit komputer riba daripada Yayasan TZA, yang diserahkan kepada pihak kolej.
Dalam ucapannya, Tengku Zafrul menegaskan bahawa program ini bukan sekadar untuk memberi sumbangan, tetapi juga menghargai generasi muda sebagai aset penting masa depan negara.
“Masa depan ekonomi Malaysia adalah masa depan yang dipacu oleh inovasi, teknologi, dan kemahiran tinggi.
“Para pelajar juga perlu memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan, serta menggalakkan semangat keusahawanan dan inovasi," katanya.
Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#Kolej Komuniti Kelana Jaya
#buka puasa
#Yayasan TZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan