awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro

Sinar Harian
Sinar Harian
09/09/2023
03:41 MYT
Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.
SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.
Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, ekspedisi dicetuskan Tengku Amir itu bertujuan mengumpul dana menubuhkan sebuah pusat penjagaan bagi kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
Pendakian Baginda ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter itu diiringi sepupu baginda, Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar baginda, Datuk Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.
Kenyataan itu memberitahu, usaha meraih dana menerusi ekspedisi yang bermula pada 31 Ogos lalu itu berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.
"Ini termasuk anak perempuan kepada Datuk Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia tiga tahun," kata kenyataan itu di Facebook rasmi pada Jumaat.
Pada tahun 2012, ekspedisi hampir serupa pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari Cheshire Home.
Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh berbuat demikian di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#tengku amir shah
#takluk
#gunung kilimanjaro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan