awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi

Bernama
Bernama
03/12/2023
07:46 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Tunku Azizah (lima, kiri) berkenan mengunjungi ibu pejabat General Women's Union (GWU) di Abu Dhabi pada Sabtu. -Emirates News Agency (WAM)
ABU DHABI: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi ibu pejabat General Women's Union (GWU) di Abu Dhabi pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Ketibaan Tunku Azizah disambut oleh Setiausaha Agung GWU Al Reem Abdullah Al Falasi.
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
Sempen kunjungan itu Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan ahli Majlis Penasihat Kanak-Kanak dan Pejabat Ketua Setiausaha Majlis Tertinggi Ibu dan Kanak-Kanak, serta beberapa duta belia UNICEF yang menghadiri Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) .
Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa melawat bangunan kesatuan dan taman asuhan selain turut menyertai upacara menanam pokok sempena dengan kunjungan itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berada di Abu Dhabi untuk lawatan khas hingga 4 Dis.
Lawatan khas itu bersempena dengan COP28 yang berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#General Women's Union
#Al Reem Abdullah Al Falasi
#Abu Dhabi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan