awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Rumah Seri Kenangan Cheras

Bernama
Bernama
07/06/2023
04:16 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Rumah Seri Kenangan Cheras
Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian kepada warga emas bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. - Foto BERNAMA
KAJANG: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat melawat Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira 10 pagi disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Lawatan itu adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Isnin lepas.
Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan cek sumbangan kepada RSK Cheras dan menyantuni warga pusat itu yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Seri Paduka Baginda.
Sebelum berangkat pulang, Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat Pusat Rehabilitasi RSK Cheras dan menandatangani buku pelawat.
Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian kepada warga emas bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.
Ketika ini, jumlah penghuni di RSK Cheras adalah seramai 211 orang terdiri daripada 126 lelaki dan 85 perempuan.
Terdahulu, Nancy dalam ucapan sembah menjunjung kasih berkata generasi muda digalakkan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan tidak mengabaikan ibu bapa mereka.
Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan, sebahagian warga emas mahu terus tinggal bersama keluarga.
"Institusi kekeluargaan yang kukuh dan perhubungan erat antara generasi adalah penyumbang ke arah kesejahteraan warga emas, sehubungan itu, Rumah Seri Kenangan sewajarnya menjadi pilihan terakhir bagi warga emas negara ini menjalani usia emas mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Rumah Seri Kenangan
#Nancy Shukri
#hari keputeraan agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan