SEPANG: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) di sini.
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Tuanku Azizah yang membacakan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam titahnya menyatakan kesempatan bertemu dan mengucapkan selamat jalan kepada tetamu Allah itu membawa erti besar kerana telah dua tahun rakyat Malaysia menanti untuk menunaikan ibadah haji akibat pandemik COVID-19.
"Saya dan Raja Permaisuri Agong amat bersyukur kerana pada tahun ini rakyat saya telah kembali menerima jemputan daripada Allah untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Alhamdulillah," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menasihatkan para jemaah haji untuk terus menjaga kebersihan diri dan memastikan semua arahan pihak berkuasa serta prosedur operasi standard sentiasa dipatuhi, memandangkan situasi pandemik dunia yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Jemaah haji Malaysia diminta untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negara.
"Semua jemaah haji harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin," titah baginda.
Seri Paduka bertitah sepanjang berada di Tanah Suci para bakal jemaah haji hanya perlu menguatkan niat untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna, selain memastikan semua nasihat dan arahan TH dipatuhi.
"Justeru, sahutlah panggilan daripada Allah dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
"Hanya dengan pelaksanaan ibadat haji yang sempurna dan disulami pula dengan akhlak yang baik akan menjanjikan haji yang mabrur. Insya-Allah," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah bakal jemaah haji perlu bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi negara kerana keamanan yang dinikmati selama ini telah membuka ruang kepada mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima dengan selamat dan selesa.
Seri Paduka bertitah hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi turut menyumbang kepada jemaah haji Malaysia kembali ke Tanah Suci, serta menzahirkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.
"Kami amat berharap hubungan yang erat antara kedua-dua negara ini akan berterusan untuk manfaat jemaah haji dan ummah kita. Insya-Allah," titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dengan persediaan dan komitmen tinggi yang dipamerkan Tabung Haji (TH), agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam operasi haji tahun ini dalam usaha mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada jemaah haji negara.
Seri Paduka bertitah agar TH meneruskan usaha-usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Seramai 291 bakal jemaah haji akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5633 ke Jeddah pada 4.45 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba kira-kira 8.10 malam (waktu Arab Saudi).
Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji tahun ini, dengan dibantu 340 petugas TH.
Penerbangan bagi musim haji tahun ini merangkumi 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bermula pada 4 Jun lepas dan penerbangan akhir dijadualkan pada 2 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Tuanku Azizah membacakan titah Yang di-Pertuan Agong, menasihatkan jemaah haji terus menjaga kebersihan diri dan memastikan semua arahan pihak berkuasa serta prosedur operasi standard dipatuhi. - Foto Sinar Harian
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.